Minggu lepas , aku berbual ttg kekeluargaan . Mungkin tak tau topik aper yang nak ditimbulkan tapi aku rasa betul2 topik tu mcm berbaloi .
Mula2 kawan aku bercerita ler yang die tak rapat sangat dengan bapak dier . Kalau nak merokok pon dulu memang kena pastikan line betul2 clear br ler blh merokok . Walaupon dah berbini tapi sampai sekarang dier terbawak2 dier punya perangai . Kalau beli sekotak rokok mesti habiskan kat opis jugak klu tak takut kantoi dengan bini lak . So biler time abis keje, sebelum balik kena check ler sumer . Lagiler klu makan kat luar , kalau nak isap rokok mesti tengok line clear ker tak . Takut ader saudara mara lalu lalang lak . Puncanya kalau boleh tak nak sampai bapak dier tahu . Member aku nie dier dengan bapak dier macam tak rapat sangat . Kalau berbual pon cakap sepatah jawab pon sepatah . Tak mesra langsung .
Selepas itu , member aku sorang lagi pon tambah . " Aku dengan abang aku pon camtuh . Tak rapat langsung . Ader sekali tuh , abang aku mintak tolong antar ke KLIA ler . Sepanjang perjalanan x der cakap aper pon . Senyap jer . Biler sampai tol , dier kuarkan wallet , kuarkan duit . Lepas tu aku amik jer . Bayar kat gadis tol . Itu memang tanpa mengeluarkan suara langsung . Dah tu biler dah sampai kat KLIA , tinggalkan duit kat dashboard , salam , cakap terima kasih terus blah " . Lepas tu dier tambah lagi , " Sekarang ni aku rase kalau nak balik kampung pon , aku pastikan abang aku takder , baru aku balik "
Aku pon kadang terfikir . Kadang2 aku pon camni . Aku rase dulu time kecik dulu aku baik jer dengan adik beradik aku .Rapat tapi bila ader yang duduk jauh . Jarang jumpa dan jarang bertanya khabar . Bila sesekali berkumpul . Rasa macam x selesa dan janggal nak memulakan perbualan . Aper topik yang aku nak pilih . Bola ? Kerja ? Anak ? Gaji ? Keter ? .. Ermm entahler..
Tapi aku tahu sebenarnya mereka pon sayangkan aku ... Mungkin kadang2 sayang tu tak mampu diluahkan dengan mulut tapi tersemat dalam hati selamanya....So sekarang ni aku terasa cam nak try hubungi selalu , sekadar bertanya khbar pon aku rasa dapat membantu .. insyallah ..