Monday, May 21, 2007

Selamat Hari Guru ...

Terima kasih kepada cikgu2 yg pernah mengajar aku sebelum nie .. Jasamu takkan kulupakan .. Kadang bila aku merenung balik masa dr kecik dulu smpi skang .. terasa banyak giler kenangan dan aku terasa tua giler bila dah tak bergelar student skang nie ..

Di sini aku nak dedicate untuk semua guru2 aku sajak yg bertajuk Guru oh Guru pada tahun 1979 ditulis oleh Allahyarham Dato Usman Awang yang didedikasikan kepada guru-guru yang terus menabur bakti dan jasa.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Thursday, May 17, 2007

Teliti itu penting!

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat.Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya.Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk....

SEKARANG.... .TUMPUKAN PERHATIAN... .PAHAM!!! !!

Monday, May 14, 2007

The People Who Shape Our World

Time just publish list of 100 people who shape the world . I try a few time find George Bush under this list , but still can't find it . Poor Bush , even Osama manage to join the list ... : ) . Just click here to check on the list

Created by Windy Road - Blogger port by Blogger Templates