Thursday, September 4, 2008

Moment of Truth

Semalam aku dpt tgk citer ni kat Star World . Rule yg sangat simple dalam game show ni . Anda hanya perlu bercakap benar walaupon kebenaran itu menyakitkan orang terdekat anda . Aku merasa terkejut gak macam mana bende ni boleh tercipta. Macam mana dier membuatkan kebanyakan orang sanggup berbuat apa sahaja untuk duit . 

Apabila peserta duduk di atas kerusi hikmat tu , orang terdekat seperti suami dan adik beradik akan juga join . Peserta semalam yang aku tengok tu , seorang perempuan . Sudah bersuami . Mostly soalan dier tanya , pernah tak dier mencuri , sanggup ke die tinggalkan suami utk ex bf , adakah die pernah berhubungan seks dgn org lain dll . Korang bayangkan le macam mana tiba-tiba orang terdekat kita ditanya soalan macam itu .Ko rasa ko suka diorang bercakap benar atau berdiam diri kerana ko takut mendengar kenyataan .Memang kebenaran itu pahit .Bagi aku ader perkara yang patut kita simpan untuk diri sendiri tapi bila aku terfikir bila masanya kita meminta maaf dengan orang lain . :ebenaran terpaksa diluahkan juga  

Kalau tengok soalan ni , macam kita akan terpaksa meluahkan rahsia kalau boleh kita tidak orang lain tahu . Kalau soalan tu betul dan tepat pada diri kita , memang kite terpaksa memilih sama ader maruah atau wang . Aku rase hidup akhir zaman ni , kita diterapkan kaya atau pangkat adalah cool . Contoh paling senang adahal E News channel bagaimana rancangan ini mempromosi gaya hidup yang mewah , pendapatan tinggi seorang artis . Dengan pendapatan 15 juta untuk satu filem , 30 biji sport car dalam rumah , pakaian yang bernilai beribu-ribu dan macam-macam lagi bentuk kemewahan . 

Adakah duit cukup untuk membeli segala-galanyanya ? Bagaimana hubungan dengan manusia dan  tuhan ? Bagaimana kita boleh didik diri untuk tidak bersifat kebendaan ? 

1 comments:

rafidah noor hanifah said...

aku setuju ngan pendapat ko....

Created by Windy Road - Blogger port by Blogger Templates