Saturday, November 15, 2008

Ayat Ayat Cinta

Assalamulaikum . Akhirnya saya berjaya menghabiskan novel Ayat-Ayat Cinta . Mungkin ramai yang berpendapat novel ini hanya berkisar pada cinta kepada wanita sahaja . Anda silap .. usah disamakan dengan novel terbitan alaf 21 atau Creative Production . Bersedia membuka hati anda untuk cinta yang lebih universal dan meluas . Cinta pada Ilahi , cinta pada teman , cinta pada orang yang bukan seagama kita dan cinta pada kekasih . 

Mungkin saya terlewat membaca novel ini . Setelah mendengar pujian menggunung terhadap novel ini oleh teman ( Amin  ) dan filemmya telah tayangkan di kaca tv sehingga menyebabkan seorang sahabat menangis ketika menontonnya ( identitinya dirahsiakan )  .  Ini mungkin karya agung masa kini yang perlu dibaca.

Watak utama dalam novel ini adalah Fahri , seorang yang warak , berbudi pekerti , bagi saya susah untuk dicari pada zaman ini dan Fahri memberi impak yang besar kepada saya. Kita akan terfikir apabila selesai membaca novel , adakah kita mampu jadi sebaik Fahri dan apa sumbangan yang telah kita lakukan untuk agama . Kagum dengan sifat dan usahanya menterjermah kitab-kitab dan belajar ilmu-ilmu agama. Bagaimana Fahri berdepan dengan Aisha , Maria , Nurul dan Nourul . Saya paling minat bab dimana Aisha dan Fahri bertemu buat pertama kalinya di dalam metro dan tatkala itu orang Mesir marah apabila Aisha menolong ahli dzimmi dan Fahri membantu Aisha menerangkan Hadith yang menyokong tindakan Aisha itu betul .

Akhir kata , ini adalah novel yang perlu dibaca untuk setiap golongan . Sebagai pengubat hati dan pembangun jiwa. Jangan lupa A. Samad Said memberikan ulasan yang hebat untuk novel ini . Kepada Habiburrahman El Shirazi , saya kagum kepada awak . 

p/s : Soriler terpaksa menulis entry dlm bahasa yang skema . Sememangnya aku terpengaruh dengan gaya penulisan novel ini .. haha .. kalau terasa nak baca preview dier , boleh check kat website ni . Ada user upload novel Ayat-Ayat Cinta tapi dalam versi Indonesia .. 


2 comments:

mazli said...

woi sejak bila pandai sastera la ko nih..geli tali pusat aku

Nasa said...

haha .. jiwa seni aku ni .. biasaler ..

Created by Windy Road - Blogger port by Blogger Templates