Wednesday, March 4, 2009

Tagged

Telah ditag 2 kali oleh Nisya dan aku asyik tak sempat nak buat ... Sori yer .. here we goes .. little fact bout me ..

Aku selalu bermasalah dalam menunjukkan jalan or tempat kepada orang lain . Walaupon tempat tu memang aku familiar , aku sangat lemah nak bagi direction , kiri ker kanan . Selalunya aku kena merujuk tahi lalat bertuah aku di tangan kanan . So bile aku tengok nak bagi direction , aku mesti check tahi lalat aku tuh . Kalau tak mesti aku cakap pegi situ , masuk simpang sana .Confirm korang bengang ler kalau aku jadi penunjuk jalan .

Aku sangat tak suka bila tak cukup tido malam . Tetapi disebabkan aku masuk syif 12 jam lepas ni .. wah aku kena lupakan tilam dan bantal yang gebu di rumah dan tido dikerusi opis sambil berdengkur ..

Aku jarang menonton tv . Boleh kira berapa kali seminggu aku tengok . Satu , kerana banyak citer yang aku rase membazir masa aku untuk tengok . Jadi aku selalu tengok TV Series yang aku download . Prison Break and House is my favorite .

Internet adalah kemestian . Macam2 boleh buat maa .. Googling , Blogging , Email , Flickr , Facebooking , Porn oppss itu tak termasuk dalam kelebihan internet .. Kepada sumer blogger yang aku follow .Walaupun aku blogger yang pemalas nak update , jangan risau . aku pembaca yang setia walaupon jarang memberi komen .. buktinya google reader aku ader lebih 1000 item yang blm dibaca .. Aku akan try abiskan ari ni gak . Newspaper item boleh just mark as read je ler . Wah .. dah tinggal 700 .. byk lagi ni ..

Aku sangat suka menikmati gambar yang ada diambil oleh sesiapa saja .... ade kesan sedih , gembira , marah dan macam2 .. Flickr and Picasaweb adalah source utama aku ..


Aku rasa dah abis dah fact ttg diri sendiri . Sekian terima kasih .. (

2 comments:

aRe~TeRq said...

wah!! aku juge bermasalah memberi direction. kihkihkih...

Nasa said...

wah .. ader org senasib dgn aku rupanya ... huhu .. ko kena pasang gps navigator dlm kete mcm ni .. huhu

Created by Windy Road - Blogger port by Blogger Templates